dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Felda Taib Andak, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Guidance Activity For Nadi Tuisyen Rakyat 2026 (Guidance Tuition)

23 Julai 2026 | Aktiviti Terkini

Selaras dengan Program Perkhidmatan Pintar yang telah ditetapkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (MCMC) terhadap NADI seluruh Malaysia. NADI x Dilea merupakan salah satu program yang berada dibawah cabang perkhidmatan pintar ini. Nama program ini telah di “rebrand” kepada NADI Tuisyen Rakyat selaras dengan pertukaran nama NADI Madani. Melalui program Tuisyen Rakyat ini, terdapat kelas “Guidance Tuition” untuk pelajar tingkatan 4 & 5. Dimana kelas tuisyen ini akan diajar oleh guru yang bertauliah secara atas talian. Kelas tambahan online terbuka kepada semua pelajar tingkatan 4 dan 5 dan pendaftaran adalah PERCUMA.

Selain itu juga, pelajar yang berjaya mendaftar didalam kelas “Guidance Tuition” ini, mereka akan mendapat perbagai akses percuma berkaitan subjek yang mereka akan pelajari dan boleh juga membuat revision terhadap subjek yang mereka terlepas. Kelas tuisyen ini juga mempunyai aktiviti tambhan bersama guru, dimana pelajar dapat berhubung secara rapat dan konsisten bersama guru.

Program seperti ini bertujuan untuk membantu pelajar meningkatkan lagi tahap akademik mereka tanpa perlu mengeluarkan duit tambahan untuk membayar yuran tuisyen yang mahal. Selain itu juga, pelajar dapat pelbagai manfaat melalui program kelas tambahan di NADI ini. Bukan sahaja dari segi akademik malah dari segi skill dan kemahiran diri sebagai contoh kemahiran dalam berpidato, sajak dan sebagainya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.